Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : (kolék) sj sampan kecil (utk me­nangkap ikan dll): orang memukat ikan gelama bersampan ~ kayunya pulai; berkolek menaiki kolek: mereka bersampan dan ~ utk menangkap ikan setiap hari; berkolek-kolek 1. terapung-apung, beroleng-oleng (spt perahu dipukul ombak); 2. melayang-layang ke sana sini (spt kupu-kupu yg terbang). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
kolek
Rujuk :sampan

Puisi
 

Sampan kolek perahu Cina,
     Patah pasak pintu berkurung;
Adik pergi jangan lama,
     Buah jatuh disambar burung.


Lihat selanjutnya...(13)

Pantun

PantunSumberTema
Kolek-kolek perahu Cina, Fajarlah rawan dalam perahu; Sungguhlah molek orang betina, Awallah janji tak siapa tahu.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Sampan kolek kemudi songsang, Begitu belayar kemudiannya dulu; Badan tergolek hati mengerang, Pilu mendengar nyanyi si bisu.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Walaupun kolek hanyut ke pulau, Kajang dilepas hingga petang; Walaupun adik di mulut harimau, Akan kurampas kubawa pulang.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Walaupun kolek sudah berhenti, Perahu nadi tetap belayar; Walaupun adik sudah membenci, Hatiku ini tetap bersabar.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Sekali kolek belayar, Sampai pagi takkan pulang; Sekali adik mengingkar, Sampai mati hamba tak datang.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Sejak kolek sudah berlabuh, Sepilah orang pergi belayar; Sejak adik pergi menjauh, Matilah abang menunggu khabar.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Sampan kolek dalam telaga, Orang duduk pagi dan petang; Janganlah adik bermasam muka, Abang menengok berhati bimbang.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Sampan kolek mahu bertolak, Bila bertolak orang pun sepi; Janganlah adik mahu mengelak, Bila mengelak abang kan mati.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Dapat kolek pergi berdagang, Sepepak teluk dan bandar raya; Teringat adik hatiku bimbang, Hendak menjenguk apakan daya.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Dapat kolek pergi berkayuh, Air pasang berhenti dulu; Mengingat adiklah pergi jauh, Matilah abang menanggung rindu.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
1234

Kembali ke atas