Tengok-tengok naik ke kotak, Sampan kotak tiangnya tinggi; Elok-eloklah adik menolak, Salah menolak tunangnya nanti. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Sampan kotak kemudinya kompot, Layar ditancap laju bertambah; Nafas sesak hati pun hanyut, Mendengar si gagap memberi ceramah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Sampan kotak mudik ke Pangkor, Singgah pula Pulau Sembilan; Macam diletak macam diatur, Macam cincin permata silan. | Kurik Kundi Merah Saga | Peribahasa |
Sampan kotak perahu Cina, Sarat bermuat ubi keladi; Rusa ditembak pelanduk kena, Kenapa pula kijang yang mati? | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Sampan kotak hanyut berdetik, Alunan berlayar dari hulu; Buah masak baik dipetik, Masam manis baru tahu. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Sampan kotak perahu Cina, Sarat muat dalam peti; Kalau tuan ingatkan saya, Taruh-taruhlah dalam hati. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Jahit kain berkotak-kotak, Dapat kain dicuci bersih; Sakit bermain dengan budak, Sifat memakai baju putih. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Bakawali akar seruntun, Mari disimpan di dalam kotak; Kirim salam di dalam pantun, Adakah sampai atau tidak. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Sorek bukan betung pun bukan, Ruasnya pula berkotak-kotak; Upas bukan racun pun bukan, Tidur malam tersentak-sentak. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Dari hulu pergi ke ladang, Bertemu landak makan cermai; Laki cemburu bini peradang, Kelambu kotak tilam berkecai. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |