Bukan kuah sebarang kuah, Kuah berempah dijamin enak; Bukan tua sebarang tua, Tua kelapa makin berminyak. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Buat perencah kuah laksa, Laksa Sarawak sedap rasa; Siapa dia gagah perkasa; Dapat digelar wira bangsa. | Pantun Melayu Sarawak | Berkait |
Singgah sebentar ke Kuala Kuah, Hendak membeli buah bidara; Kerajaan Malaysia sungguh pemurah, Segala kebajikan dihulur segera. | Pantun Melayu Sarawak | Budi |
Buat pengat buah kundur, Kuah bersantan tidak beragi; Lihat perangai orang tak syukur, Sudah diberi minta lagi. | Pantun Melayu Sarawak | Agama |
Ikan puyu lemak, Masak kuah lada; Intan rangkul emak, Buah hati emak juga. | Kurik Kundi Merah Saga | Jenaka |
Api dapur buat memasak, Memasak kuah untuk tenguli; Hati jujur sifatnya bijak, Bijak lidah eloklah budi. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Alangkah lazat jeruk mentimun, Diberi kuah bertambah perisa; Abanglah penat duduk melamun, Adik tak pernah mahu berjumpa. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Bila orang memakai senduk, Tentulah ada kuah di pinggan; Apabila abang pandai membujuk, Tentulah hamba mudah tertawan. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Masak sebiji buah pedada, Buat perencah kuah laksa; Lelaki perempuan mengada-ngada, Siapa dia gagah perkasa. | Pantun Melayu Sarawak | Berkait |
Sejak periuk berisi gulai, Nasi dijerang tergenang kuah; Sejak beruk menjadi lebai, Pagi petang orang menikah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |