Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ku.cing.ku.cing] | کوچيڠ٢

Definisi : ; pokok ~ sj tumbuhan (pokok renek) cemperai, cipreh, cimpri, Champereia griffithii; rumput ~ sj tumbuhan (herba), ruku hutan, rumput talan, tasik-tasik, timba tasik, Adenosma capitatum. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ku.cing.ku.cing] | کوچيڠ٢

Definisi : otot di lengan atau di kaki; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kucing-kucing

Puisi
 

Ambil limau di tepi beting,
     Beting ada di kebun limau;
Kalau rimau gurunya kucing,
     Kenapa kucing takutkan rimau?


Lihat selanjutnya...(35)
Peribahasa

Kucing lalu,
     tikus tiada berdecit lagi.

Bermaksud :

Apabila ada orang yang ditakuti, maka diamlah orang yang sedang berbuat bising.

 

Lihat selanjutnya...(45)


Pantun

PantunSumberTema
Kucing putih kucing Kak Dayang, Makan ketupat di atas tilam; Tubuh putih lehernya jenjang, Itulah tempat jiwa duk hilang.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Ambil limau di tepi beting, Beting ada di kebun limau; Kalau rimau gurunya kucing, Kenapa kucing takutkan rimau?Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Kucing kurus meniup api, Api nan tidak mahu menyala; Biarlah kurus asal tak mati, Hati nan tidak menurut kata.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Kucing kurus menghembus api, Sudah hembus padam menyala; Kurus kering kerana susah hati, Kerana telinga tak mendengar kata.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Kucing putih bernama Rayang, Pagi-pagi menangkap murai; Hati kasih bercampur sayang, Air mata jatuh berderai.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Kucing putih bernama Dayang, Sehari-hari menangkap murai; Hati kasih bercampur sayang, Air mata jatuh berderai.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Kucing kurus meniup api, Api tidak mahu menyala; Badan kurus menahan hati, Hati tidak mendengar kata.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Kucing kurus menghidup api, Api tidak pandai menyala; Kurus badan menahan hati, Tidak tertahan rasanya jiwa.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Kucing kurus menggaru papan, Papan digaru si kayu jati; Bukan kurus kerana tak makan, Kerana kasih jauh di hati.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Kucing kurus menggaru papan, Papan bernama papan jati; Kurus kering bukan tak makan, Kurus kering memakan hati.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
123456

Kembali ke atas