Kuda ini kuda biasa, Kuda biasa berjalan malam; Budak ini budak biasa, Buah mabuk hendak dimakan. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Kuda ini kuda biasa, Kuda biasa makan di padang; Budak ini budak biasa, Biasa merebut kekasih orang. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Bukan kuda sebarang kuda, Kuda sudah biasa bermain; Bukan muda sebarang muda, Muda sudah biasa bermain. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Kuda ini kuda buatan, Mari tambat Johor Lama; Rumah buruk pengikat rotan, Kalau baik kutunggu lama. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Hari Minggu kuda, berlombak kuda, Budak-budak kerang, memungut kerang; Kalau hati tergoda, sudah tergoda, Tidak peduli orang, kekasih orang. | Pantun Melayu Sarawak | Bergendang |
Wakil badak kepada kuda, Wakil kuda kepada musang; Degil budak kerana manja, Degil tua kerana miang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Untuk apa membeli kuda, Kaki kuda pandai melompat; Untuk apa berlaki tua, Laki tua pandai memanjat. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Macam-macam menunggang kuda, Menunggang kuda di rumpun buluh; Sapu tangan pakaian muda, Pohon pemalit peluh. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Encik Leman menunggang kuda, Bawa kuda di bawah bukit; Iman jatuh kerana kakanda, Kakanda bimbang bukan sedikit. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Dua puluh lapan kuda berlari, Kuda menarik kereta pedati; Adik-adik jangan lari, Kita biar bersama mati. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |