Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kum.bang] | کومبڠ

Definisi : 1. sj serangga yg berkepak dan berkulit keras; jenis-jenis: ~ (ber)tanduk, ~ daun, ~ gajah, ~ kelapa dll; 2. sj serangga (lebah); jenis-jenis: ~ kayu, ~ madu dll; 3. ki hitam (berkilat); anjing (harimau) ~ anjing (harimau) yg hitam bulunya; ~ ambrosia sj kumbang perosak kayu dlm famili Platypolidae dan beberapa genus dlm famili Scolitidae dan Lymaxylidae; ~ bubuk sj kumbang perosak kayu dlm famili Bostrychidae dan Lyctidae; ~ kulit sj kumbang perosak kayu dlm famili Scolitidae (termasuk kumbang Ambrosia); ~ kura-kura kumbang kecil ber­warna coklat kemerah-merahan atau kuning dan berbintik-bintik hitam; ~ perabot sj kumbang perosak kayu dlm famili Anobiidae, larvanya mengorek kayu, Anobium punctatum; ~ sesungut panjang sj kumbang perosak kayu dlm famili Cerambycidae yg larvanya mengorek kayu; ~ melilit gedung prb orang yg bersiul-siul berkeliling rumah gadis yg dikasihinya; ~ tidak seekor, bunga tidak sekaki (sekuntum) prb bukan hanya seorang sahaja lelaki atau perem­puan utk dijadikan kekasih atau pasangan hidup; bagai ~ putus tali(nya) prb sangat pantas larinya (jalannya); mengumbang mendengung-dengung (ber­bunyi berdengung-dengung) spt kumbang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kum.bang] | کومبڠ

Definisi : beberapa jenis serangga yg berkulit keras, berkepak dan suka menyeri bunga (kadang-kadang merosakkan tanaman): ~ tanduk; ~ gajah dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kumbang

Puisi
 

Kumbang berdengung memakan kelicap,
     Mari diikat benang setuli;
Orang Dungun sungguhlah bijak,
     Pandai sungguh mengambil hati.


Lihat selanjutnya...(49)
Peribahasa

Laksana kumbang menyeri bunga,
     kumbang pun terbang bunga pun layu.

Bermaksud :

Lelaki yang mempermain-mainkan perempuan, ia pergi perempuan itu pun merana.

 

Lihat selanjutnya...(13)


Pantun

PantunSumberTema
Saya saja menjolok kumbang, Kumbang bersarang lubang tiang; Saya saja menjolok abang, Bulan mengambang dikatakan siang.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Berlaga kumbang sesama kumbang, Berlaga serindit sesama serindit; Pada berlapang sama berlapang, Pada yang sempit sama berhimpit.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Kumbang berdengung memakan kelicap, Mari diikat benang setuli; Orang Dungun sungguhlah bijak, Pandai sungguh mengambil hati.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Kalau kumbang terbang menjauh, Tentulah bunga mudah berkembang; Kalau abang memang bersungguh, Janganlah lengah datang meminang.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Bukannya kumbang tak mahu jauh, Bunganya cantik tercium wangi; Bukannya abang tiada bersungguh, Sekarang pun adik belum berjanji.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Bila kumbang belum menyeri, Mengapa bunga tak juga kembang; Bilalah abang belum beristeri, Mengapa tak juga datang meminang.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Jikalau kumbang sudah menyeri, Tentulah kelopaknya menjadi layu; Kalaulah abang sudah beristeri, Tentulah adikkan kuberitahu.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Bagaimana kumbang tidakkan risau, Bunga di tanjung mati semua; Bagaimana bujang tidak merantau, Dara di kampung berlaki tua.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Mengapa kumbang menyeri bunga, Kerana lemaknya madu disana; Mengapa orang menjadi singa, Kerana tamaknya memburu harta.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Anak kumbang terayap-rayap, Ditangkap oleh anak Turki; Hendak terbang tiada bersayap, Hendak hinggap tiada berkaki.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
12345678

Kembali ke atas