Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kun.cup] | کونچوڤ

Definisi : 1. tidak terbuka lebar (bkn payung dll), tidak mekar atau kembang (bkn bunga); ~ hatinya ki ketakutan; 2. kuntum bunga, daun muda yg belum terbuka: ~ bunga mawar; 3. ark bp berkulup, belum berkhatan; menguncup 1. menjadi kuncup (tertutup), mengerut, menjadi tidak kembang atau terbuka: daun semalu ~ apabila disentuh; 2. menjadi kecil (pendek, kurang, dsb) sedikit: cecair mengembang dan ~ menurut perubahan suhu; ~ hatinya berasa takut; 3. menyerupai kuncup (kuntum bunga); menguncupkan menjadikan kuncup (ter­tutup), merapatkan sesuatu yg kembang, mengecilkan: ~ payung; ~ tangan menyatu­kan (merapatkan) kedua-dua tapak tangan; penguncupan perihal menguncup (menjadi kecil): pengembangan dan ~ yg disebabkan oleh perubahan suhu ini tidak berapa nyata pd pandangan mata kasar kita. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kun.cup] | کونچوڤ

Definisi : ; menguncup mengucup; ®kucup I. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kun.cup] | کونچوڤ

Definisi : tidak terbuka lebar; tidak kembang (bkn payung, bunga dll). menguncup menjadi kuncup; mengecut: Saluran darah haiwan akan ~ ketika kesejukan. menguncupkan menjadikan kuncup: ~ payung. penguncupan perihal menguncup atau menguncupkan: ~ berlaku ketika sejuk dan pengembangan berlaku ketika panas. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kuncup


Pantun

PantunSumberTema
Supaya kuncup jangan berkarat Kayu yang semak kita siangi; Supaya hidup jangan melarat, Ibu dan bapak kita sayangi.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Kalau kuncup hendak berbuah, Jangan ditebang kayu nan rampak; Kalau hidup hendak bertuah, Jangan dibuang ibu dan bapak.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Yang nasi dijerang, Yang kuncup dipotong; Yang mati dikenang, Yang hidup disanjung.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Alangkah elok kembang seroja, Diseri kumbang kuncup tak layu; Memanglah elok orang bekerja, Diri terpandang hidup tak malu.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Bila batang tidak berakar, Buah gugur kuncup pun layu; Bila hutang tidak terbayar, Maruah hancur hidup pun malu.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat

Kembali ke atas