Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kun.di] | کوندي

Definisi : Mn sj biji saga yg digunakan utk menim­bang emas (beratnya 241 mas), kenderi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kundi

Puisi
 

Di dalam belukar timbul ketam,
     Timbul sang helang di Tanjung Jati;
Tidak lupa abang siang malam,
     Airlah mata jatuh ke pipi.


Lihat selanjutnya...(1000)
Peribahasa

Yang merah saga,
     yang kurik kundi;
yang indah bahasa,
     yang baik budi.

Bermaksud :

Biarpun rupa elok dan kacak, tetapi kalau budi bahasa buruk, maka akan hina juga pada pandangan masyarakat.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Pantun

PantunSumberTema
Terbang ayam di tengah laman, Kuis-kuis mencari makan; Sudah biasa dacing di tangan, Rugi di kampung untung di pekan.Kurik Kundi Merah SagaPerniagaan
Terang bulan menggali ubi, Ubi digali lagi muda; Kalau tuan tak tahan rugi, Janganlah bermain dari mula.Kurik Kundi Merah SagaPerniagaan
Selagi dunia nampak dipandang, Buat amal sehari-hari; Mana yang masam sukat gantang, Mana yang manis kukira biji.Kurik Kundi Merah SagaPerniagaan
Sayang Cina anak Cinaku, Jawa bodoh balik ke Bugis; Jangan berniaga barang tak laku, Hingga berlapuk jual tak habis.Kurik Kundi Merah SagaPerniagaan
Sari-sari pergi ke pasar, Jumpa barang baik dibeli; Jangan kira kecil besar, Asal barang dapat kubeli.Kurik Kundi Merah SagaPerniagaan
Rumah kecil bertangga lima, Pakai menyalai ikan khasi; Pandang kecil tumpang bertanya, Berapa harga intan di sini?Kurik Kundi Merah SagaPerniagaan
Pusing gasing tangan kidal, Tali pendek putus sejengkal; Kalau untung bercampur modal, Itu tanda berniaga tak kekal.Kurik Kundi Merah SagaPerniagaan
Pilih-pilih tempat nak mandi, Pertama teluk kedua pantai; Asyik memilih kain sekodi, Manakan laku kain sehelai.Kurik Kundi Merah SagaPerniagaan
Pandai tembak si anak Deli, Dapat seekor si burung pega; Orang menjual kita membeli, Berapa harga jangan dikira.Kurik Kundi Merah SagaPerniagaan
Pandai burung terbang terus, Mandi di tunggul kolam Kelang; Biar muatan dikongkong arus, Mana timbul kubawa pulang.Kurik Kundi Merah SagaPerniagaan
12345678910...

Kembali ke atas