Cik Ali membelah kundur, Kundur terletak atas papan; Apa jadi saya tak undur, Tumpah darah atas papan. | Kurik Kundi Merah Saga | Kepahlawanan |
Padang kundur padang terap, Padi secupak jual di pekan; Sedang tidur tidak lelap, Anak didodoi lapar tak makan. | Pantun Melayu Sarawak | Nasib |
Buah kundur busuk semua, Kerana diusik oleh belalang; Habislah umur dimabuk cinta, Kerana adik tak mahu datang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Batang kundur batang dedap, Dari rawa ke tanah kesang; Menumpang tidur agak sekejap, Dari senja sampai ke siang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Sedap kundur dari labu, Manakan sama timun betik; Sedap tidur dalam kelambu, Manakan sama atas riba adik. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Bukan cempedak bukan kundur, Jatuh terendam didalam kolam; Tidak berganjak tidak berundur, Sebelum padam rindu semalam. | Pantun Melayu Sarawak | Kasih |
Buat pengat buah kundur, Kuah bersantan tidak beragi; Lihat perangai orang tak syukur, Sudah diberi minta lagi. | Pantun Melayu Sarawak | Agama |
Kata tuan gula kundur, Tumpah tanah di atas papan; Lepas lari jangan undur, Tumpah darah di hadapan. | Kurik Kundi Merah Saga | Kepahlawanan |
Batu Pahat Sungai Kundur, Tempat tumbuh paku dulang; Kalau jahat baiklah undur, Jangan menyakit hati orang. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
Tidak sajak membelah kundur, Sajak membelah kayu api; Tidaklah sajak kubawa tidur, Sajak memicit hujung jari. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |