Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : sj ikan laut, Polynemus spp.; ~ janggut sj ikan laut, senangin, Eleutheronema tetradactylus; ~ pipih sj ikan laut, Polynemus sextarius. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kurau I

Puisi
 

Batu Berendam Batu Kurau,
     Batu Lesung Batu Rakit;
Rindu dendam bawa bergurau,
     Bawa termenung jadi penyakit.


Lihat selanjutnya...(5)

Pantun

PantunSumberTema
Baik sungguh mencari kurau, Bulunya cantik untuk hiasan; Adiklah jauh hatiku risau, Rindukan adik terlupa makan.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Kalau menangkap ikan kurau, Rentang jaring hingga ke seberang; Adat hidup sahabat bergurau, Sudah mati terbaring seorang.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Batu Berendam Batu Kurau, Batu Lesung Batu Rakit; Rindu dendam bawa bergurau, Bawa termenung jadi penyakit.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Dari Acheh belayar ke Kedah, Beli kurau dengan senangin; Orang berkasih bukan mudah, Umpama wau mencari angin.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Berdentum-dentam banir durian, Disepak pergi siburung kurau; Kalau untung badan berjadian, Kalau tidak menjadi gurau.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Hidup api jerang belanga, Hendak masak kepala kurau; Abang pergi jangan lama, Tiada kawan hendak bergurau.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Api siapa di teluk itu, Tempat budak membakar kurau; Anak siapa secantik itu, Bolehkah kami menumpang gurau.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta

Kembali ke atas