Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata labuan

Puisi
 

Labuan tidak berbukit,
     Tempat menjemur buah pala;
Maaf tuan bukan sedikit,
     Sebanyak rambut atas kepala.


Lihat selanjutnya...(15)

Pantun

PantunSumberTema
Bukan galah Petani, dari Petani, Galah datang Labuan, dari Labuan; Bukan salah kami, oi dari kami, Salah tak salah tuan, dirimuu tuan.Pantun Melayu SarawakBergendang
Labuan tangga peranggi, Putus tembirang dipukul ombak; Akan naik ke gunung tinggi, Jatuh pula ke hutan semak.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Labuan tidak berbukit, Tempat menjemur buah pala; Maaf tuan bukan sedikit, Sebanyak rambut atas kepala.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Labuan tidak berbukit, Adalah bukit di Batu Arang; Kenang tuan bukan sedikit, Darilah dulu sampai sekarang.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Labuan tanahnya rata, Anak ikan di paya dua; Jangan takut ibu dan bapa, Kalau jodoh kita berdua.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Labuan tanahnya rata, Tempat berjalan enjin kereta; Tutup pintu buka jendela, Sana tempat berpandang mata.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Labuan kedai Yahudi, Dari Beaufort di kedai Cina; Kalau tuan berhati sudi, Bunga sekuntum dibahagi dua.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Labuan jambatan batu, Tempat mengisi tudung pelikat; Dari tuan dulu satu, Nyawa di badan disimpan lipat.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Labuan Bukit Nalasung, Pandang jauh sayang-sayangan; Pantun bunga dalam tempisung, Akan kubuang sayang-sayangan.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Sayang Labuan pulau di laut, Khabar berita pulau jatuh; Khabarmu tuan saya menyambut, Asal rahsia disimpan teguh.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
12

Kembali ke atas