Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata lagi;

Puisi
 

Lagi ditutuh lagi ditebang,
     Dibuat mari ampaian kain;
Tempat jatuh lagi terkenang,
     Kononkan pula tempat bermain.


Lihat selanjutnya...(260)
Peribahasa

Lagi lauk lagi nasi.

Bermaksud :

Makin kaya, makin banyak sahabatnya.

 

Lihat selanjutnya...(182)

264

There is no place like home.

Betapa baik pun tempat orang, baik lagi tempat sendiri.

Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri; baik lagi di negeri sendiri

My father has been living abroad for years, and now he's a successful businessman. But deep down in his heart, he yearns to return to his homeland because to him, there is no place like home.

Bapaku telah lama hidup di perantauan, dan kini menjadi usahawan yang berjaya. Namun begitu, jauh di dalam hatinya, dia hendak pulang ke tanah air, kerana baginya, hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri; baik lagi di negeri sendiri.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(107)

Pantun

PantunSumberTema
Lagi berbuah lagi berduri, Itulah nama asam paya; Lagi bertuah lagi berbudi, Itulah nama orang kaya.Kurik Kundi Merah SagaBudi
Lagi tinggi lagi mengawan, Dapat sikit batu lebah; Abang pergi hati merawan, Hendak tinggal bukannya mudah.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Lagi ditutuh lagi ditebang, Dibuat mari ampaian kain; Tempat jatuh lagi terkenang, Kononkan pula tempat bermain.Kurik Kundi Merah SagaPerantauan
Lagi ditutuh lagi ditebang, Tutuh sedahan si ampai kain; Tempat jatuh lagi dikenang, Inikan pula tempat bermain.Kurik Kundi Merah SagaPerantauan
Budak-budak baik mengaji, Lagi alim lagi terpuji; Cukup bekal naik haji, Supaya dapat syafaat nabi.Kurik Kundi Merah SagaAgama
Rambai lebat di tepi padi, Lagi dijurai lagi ditutuh; Kalau boleh bagai di hati, Rambut sehelai belah tujuh.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Lemak ketam di Ulu Terengganu, Lagi lemak lagi bertelur; Saya berpesan abang si anu, Saya tiada berteman tidur.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Merak hijau di cabang pauh, Anak puyu di dalam padi; Lagi kutinjau lagi jauh, Berasa sayu di dalam hati.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Lagi pauh permatang rendah, Ambil cengal buat kemudi; Dari jauh abang datang, Dengar dinda baik budi.Kurik Kundi Merah SagaBudi
Lagi Teluk ke Pantai Lepas, Raja Mersing bertenun kain; Sudah dipeluk jangan dilepas, Jangan sanggang bunga kain.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
12345678910...

Kembali ke atas