Lah begini terangnya hari, Seorang kok tidak nak menumbuk, Orang kok tidak nan memujuk, Oranglah mati semuanya. Orang berpadi semuanya; Begini rusuhnya hati, | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Jangan lah naik ke atas atap, Di atas atap kayunya lapuk; Jangan adik terlepas cakap, Terlepas cakap kita beramuk. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Cik Lah orang Melaka, Jual talam dengannya cuka; Tujuh bilah lembing di dada, Hitam manis kupegang juga. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Bunga Cina lah Cina, jambangan Cina, Layu dibungkus kertas, dalam kertas; Sajak rupa tak bena, saya tak bena, Dalam hati tak lepas, haram tak lepas. | Pantun Melayu Sarawak | Bergendang |
Bila berkasih nyenyak, tidur tak nyenyak, Pengat labu bapa, lah untuk bapa; Terima kasih banyak, lah banyak-banyak, Ingatkan saya lupa, orang yang lupa. | Pantun Melayu Sarawak | Bergendang |
Sapu tangan sayang, penyapu tangan, Pakai baju kasa, lah baju kasa, Pesan ibu jangan, bercinta jangan, Nanti badan binasa, lah rusak binasa. | Pantun Melayu Sarawak | Bergendang |
Apabila harilah senjakala, Nyala pelita supaya terang; Apabila bini lah tua renta, Jagalah hatinya supaya senang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Sapu tangan penyapu tangan, Menyapu tangan anak Raja Cina; Lah malang tangan celaka tangan, Di dalam tangan diambil orang pula. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |