Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[la/.sa] | لقسا

Definisi : sepuluh ribu; empat ~ empat puluh ribu; berlaksa-laksa berpuluh-puluh ribu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[la/.sa] | لقسا

Definisi : 1. adunan tepung beras yg bentuknya spt mi tetapi berwarna putih; 2. sj masakan yg menggunakan laksa (biasanya disertai hirisan bunga kantan, daun kesum, dsb) dan dimakan bersama kuah yg khusus untuknya; jenis-jenisnya: ~ asam; ~ Kedah; ~ Johor; ~ lemak. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[la/.sa] | لقسا

Definisi : 1 sj mi yg berjurai-jurai panjang yg dibuat drpd tepung beras. 2 masakan drpd laksa 1: ~ asam; ~ lemak. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[la/.sa] | لقسا

Definisi : sepuluh ribu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata laksa

Puisi
 

Tebang tebu Sungai Rengit,
     Tujuh batang sembilan buku;
Cuba hitung bintang di langit,
     Tujuh laksa sembilan ribu.


Lihat selanjutnya...(2)

Pantun

PantunSumberTema
Buat perencah kuah laksa, Laksa Sarawak sedap rasa; Siapa dia gagah perkasa; Dapat digelar wira bangsa.Pantun Melayu SarawakBerkait
Laksa Sarawak sedap rasa, Bancuh kopi untuk saudara; Dapat digelar wira bangsa, Bertanggungjawab kepada Negara.Pantun Melayu SarawakBerkait
Asam pauh masak laksa, Buat pengat hiasan berbunga; Sesungguhnya Tuhan maha kuasa, Kupohon rahmat pertolongan-Nya.Pantun Melayu SarawakAgama
Bunga dikarang bunga sena, Kukur kelapa buat laksa; Doa rakyat telah terlaksana, Syukur kepada yang maha kuasa.Pantun Melayu SarawakSetia Bangsa
Masak sebiji buah pedada, Buat perencah kuah laksa; Lelaki perempuan mengada-ngada, Siapa dia gagah perkasa.Pantun Melayu SarawakBerkait
Sagu tampin diparut orang, Kalau ditumbuk menjadi laksa; Laku pemimpin diturut orang, Kalau buruk negeri binasa.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Bunga malai jatuh ke laut, Digulai itik bersama laksa; Apa soal tidak disahut, Sungguhlah bijak belum dewasa.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Tebang tebu Sungai Rengit, Tujuh batang sembilan buku; Cuba hitung bintang di langit, Tujuh laksa sembilan ribu.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran

Kembali ke atas