Mengapa main berlalai-lalai, Kerana hari menjelang senja; Mengapa kain terburai-burai, Kerana lakinya pulang ke janda. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Apabila cukup bilangan hari, Jangan lagi berlalai-lalai; Apabila hidup bersuami isteri, Jangan sekali bercerai-berai. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Sungai Balai jalan berhenti, Anak Cina melipat kain; Adinda lalai boleh kunanti, Janganlah saja ke tempat lain. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Kalau kucing berlelai-lelai, Banyaklah cercap lalu-lalang; Kalau runding berlalai-lalai, Banyaklah cakap yang terkalang. null null null null | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Kayu ara di hujung balai, Dituruni bulan puasa; Adinda tuan janganlah lalai, Sudah tua badan binasa. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
Bukan mudah berladang darat, Hingga menuai padi dijaga; Bukan mudah memegang adat, Bila lalai diri tercela. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Pinang muda gantung di balai, Taruh makan bulan puasa; Orang muda jangan dilalai, Kalau lalai rosak binasa. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
Pasang surut airnya dengkat, Arusnya ada jejak ke pantai; Orang patut berfikir cermat, Memutus perkara taklah lalai. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |