Lalat buta terbang tinggi, Diamuk badai kepala pening; Beratlah mata memandang bini, Gemuknya bagai gajah bunting. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Lalat buta terbangnya pagi, Makan benalu sampai kenyang; Beratlah mata memandang laki, Badan berbulu bagai siamang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Selama merpati menggoda lalat, Banyaklah ulat memberi petuah; Selama menteri gilakan pangkat Banyaklah umat mati terlapah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Anak kokah menjala lalat, Disepak kijang tumbang berdebin; Awak sulah kepala berkilat, Banyak orang datang bercermin. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Apabila sepah tidak dibuang, Lalat datang semut merutung; Apabila sumpah tidak dipegang, Dilaknat orang perut pun kembung. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Kalau menutup tidak rapat, Lalat masuk semut pun masuk; Kalau hidup tidak beradat, Tabiat buruk mulut pun busuk. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Selama merpati kena jerat, Banyaklah lalat berasa pilu; Selama menteri gila menjilat, Banyak umat yang kena tipu. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Sejak belanga berisi kari, Banyaklah lalat mencuri lauk; Sejak buaya jadi menteri, Banyaklah umat menjadi beruk. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Tujuh pondok tujuh teratak, Buah nanas dimakan lalat; Sungguh elok kepala botak, Kena panas berkilat-kilat. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Anak kokah gila bermain, Dekat gelap barulah pulang; Awak sudah kepala licin, Lalat hinggap jatuh terlentang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |