Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata landak

Puisi
 

Kalau landak sama landak,
     Turun ke pantai menyukat beras;
Kalau hendak sama hendak,
     Gajah berantai boleh terlepas.


Lihat selanjutnya...(17)
Peribahasa

Memperagakan duri sebatang kepada landak.

Bermaksud :

Hendak melawan orang yang lebih segala-galanya. memperagakan = menunjukkan.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Pantun

PantunSumberTema
Kalau landak sama landak, Turun ke pantai menyukat beras; Kalau hendak sama hendak, Gajah berantai boleh terlepas.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Landak makan buah salak, Kumat lumat dengan bijinya; Api neraka kalau tak galak, Umat belum takut dirinya.Kurik Kundi Merah SagaAgama
Besar landak dari seberang, Naik meniti di atas batang; Kalau tidak gerakkan tulang, Rezeki mana boleh datang.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Dua kali landak memanah, Terkena pula buah durian; Dua kali turun ke tanah, Bertemu mulut kita janjian.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Kalau tuan memburu landak, Saya membeli batu berkati; Kalau puan benar-benar hendak, Cuba-cuba meninggal laki.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Kalau boleh duri landak, Hendak pegang di tangan kiri; Kalau boleh seperti kehendak, Nyawa di badan hendak bagi.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Buah timun dimakan landak, Buah mempelam di muka pintu; Tengok senyum katakan hendak, Memang perangai sudah begitu.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Sayang Cik Andak menjerat landak, Di tepi perigi ikan puyu; Orang tergelak saya tergelak, Orang benci saya tak tahu.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Anak dekut hutan Merlimau, Jumpa landak meniti batang; Kalau takut makan rimau, Tidak saya berjalan seorang.Kurik Kundi Merah SagaKepahlawanan
Anak dekut hutan Merlimau, Jumpa landak meniti batang; Kalau takut karam di laut, Saya tak mahu belayar seorang.Kurik Kundi Merah SagaKepahlawanan
12

Kembali ke atas