Besarlah langsat di tepi pantai, Di situ tempat bersarang merbah; Biarpun niat kasih tak sampai, Di hatiku abang tiada berubah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Buah langsat kuning mencelah, Sayang senduduk berbunga pagi; Sudah dapat gading bertuah, Tanduk tidak berguna lagi. | Kurik Kundi Merah Saga | Peribahasa |
Buah langsat di Kota Medan, Dibawa orang dari Belawan; Kalau sesat di hujung jalan, Surut ke pangkal jalan. | Kurik Kundi Merah Saga | Peribahasa |
Apa gunanya kuning langsat, Walaupun putih terlalu pucat; Sekali dijeling terloncat-loncat, Tak usah macam si ikan sepat. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
Tanam papaya tumbuh langsat, Dililit kangkung bertali-tali; Seribu daya kalau berhajat, Gunung tinggi papah didaki. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Kerana ada kulim di rimba, Batang langsat jadi berputik; Kerana ada alim ulama, Orang yang sesat menjadi baik. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Hayun jamban tak pilih, Hayun raga dimakan api; Putih langsat hitam tak boleh, Tulat tangkar berayun kaki. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |