| Makan jangan kenyang, Lapar jangan kebulur; Bukan tidak sayang, Salam tidak dihulur. | Pantun Melayu Sarawak | Budi |
| Bulan puasa menahan lapar, Waktu maghrib orang berbuka; Putus cinta badan terkapar, Membawa nasib menahan duka. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
| Banyaklah orang merasa lapar, Kerana tidak tahu memasak; Banyaklah orang berdosa besar, Kerana melawan ibu dan bapak. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
| Banyaklah orang merasa lapar, Kerana tidak tahu memasaknya; Banyaklah orang berdosa besar, Kerana melawan ibu dan bapaknya. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
| Lama duduk tentulah lapar, Hendak makan nasi tak masak; Mentua beruk menantu ular, Anak dimakan bini digasak. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
| Yang berpuasa tentulah letih, Menahan lapar sehari suntuk; Orang berkuasa tentu berlebih, Makannya besar rezeki menompok. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
| Walaupun gulai mulai resan, Kerana lapar dimakan juga; Walaupun perangai bagaikan setan, Kerana pembesar didiamkan saja. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
| Walaupun lauk bersemut api, Kerana lapar dimakan juga; Walau menyorok ke perut bumi, Hamba kejar tuan ke sana. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
| Dua tiga pergi bermain, Perutlah lapar tunggu di titi; Kalaulah abang cari yang lain, Mohon adik mengundur diri. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
| Bawalah bekal berjalan jauh, Supaya tidak merasa lapar; Habislah akal badan berpeluh, Adinda tidak mahu kulamar. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |