Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata lebah

Puisi
 

Sarang lebah nampak tergantung,
     Baik-baik jangan tersinggung;
Ingat-ingat kita di kampung,
     Jangan diagah rimau menyangkung.


Lihat selanjutnya...(5)
Peribahasa

Seperti lebah: mulut bawa madu,
     pantat bawa sengat.

Bermaksud :

Seorang perempuan yang elok parasnya dan manis tutur katanya, tetapi kelakuannya jahat.

 

Lihat selanjutnya...(5)

Lihat selanjutnya...(1)

Pantun

PantunSumberTema
Banyaklah lebah perkara lebah, Lebah meniti kepada galah; Banyaklah sembah perkara sembah, Sembah sejati kepada Allah.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Bukan lebah sebarang lebah, Lebah bersarang di pohon dedap; Bukan sembah sebarang sembah, Sembah saya mohon bercakap.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Lebah bukan sebarang lebah, Lebah bergayut dipohon jati; Lemah bukan sebarang lemah, Lemah lembut menawan hati.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Lebah bukan sebarang lebah, Lebah berduyun membuat sarang; Lidah bukan sebarang lidah, Lidah beracun dilaknat orang.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Lebah bukan sebarang lebah, Lebah bersarang berisi madu; Lidah bukan sebarang lidah, Lidah penghasut dimusuhi orang.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Lebah bukan sebarang lebah, Lebah bersarang berisi madu; Lidah bukan sebarang lidah, Lidah orang bagai sembilu.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Lebah bukan sebarang lebah, Lebat menyengat rasanya sakit; Lemah bukan sebarang lemah, Lemah semangat payahlah bangkit.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Sarang lebah nampak tergantung, Baik-baik jangan tersinggung; Ingat-ingat kita di kampung, Jangan diagah rimau menyangkung.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Jangan ditunuklah lebah, Tunanglah kamek sik pandai; Jangan dianuk dan diborah, Kerana kamek sama tak pandai.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Bila bertarung ke sarang lebah, Binasa badan kan kena sengat; Bila kurenung abang berubah, Kaki dan tangan terasa berat.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
12

Kembali ke atas