Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
madu (kata nama)
Bersinonim dengan manisan lebah, manisan, nira, sari, nektar, misan.,

Peribahasa

Seperti lebah: mulut bawa madu,
     pantat bawa sengat.

Bermaksud :

Seorang perempuan yang elok parasnya dan manis tutur katanya, tetapi kelakuannya jahat.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Pantun

PantunSumberTema
Lebah bukan sebarang lebah, Lebah bersarang berisi madu; Lidah bukan sebarang lidah, Lidah penghasut dimusuhi orang.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Lebah bukan sebarang lebah, Lebah bersarang berisi madu; Lidah bukan sebarang lidah, Lidah orang bagai sembilu.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Tiga empat menangkap biawak, Minum pagi madu lebah; Jika kering Sungai Sarawak, Janji saya tidak berubah.Pantun Melayu SarawakKasih
Hanyut pinang dari hulu, Pinang berisi madu lebah; Bila terkenang zaman dahulu, Rindu sekarang menggigit lidah.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Sangkar emas buat isteri, Saat indah masa beradu; Mendengar puji tidak terperi, Sengat lebah terasa madu.Pantun Melayu SarawakNasihat

Kembali ke atas