| Encik Lebai naik ke bukit, Menangkap ayam di pohon gaharu; Orang kebal lukanya sedikit, Remuk di dalam orang tak tahu. | Kurik Kundi Merah Saga | Kepahlawanan |
| Beli mangkuk buat kenduri, Panggil lebai serta aji; Masa berkokok sama berlari, Tak boleh bercampur biring bertaji. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
| Waktu duduk menanti gulai, Banyaklah nasi ditanaknya; Waktu beruk menjadi lebai, Banyaklah bini ditalaknya. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
| Pokok rumbia pokok dedap, Manakan sampai si pokok jambu; Sedangkan lebai lagikan tersilap, Inikan pula kurang ilmu. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
| Waktu menteri berdagang tapai. Semua pengikut menyiapkan piring; Pilulah hati memandang lebai. Kerana berjanggut dikejar kambing. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
| Ujung tiang diberi simpai, Elok caranya tiangkan kuat; Untung malang menjadi lebai, Pendek doanya orang mengumpat. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
| Sejak periuk berisi gulai, Nasi dijerang tergenang kuah; Sejak beruk menjadi lebai, Pagi petang orang menikah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
| Anak kancil diluru tupai, Lumpuh kaki jalan merangkak; Awak jahil mengaku lebai, Disuruh mengaji nafas pun sesak. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
| Sungguh beruntung membeli petai, Baunya wangi di mulut orang; Sungguh beruntung menjadi lebai, Ke mana pergi perutnya kenyang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
| Pulau Rupat berteluk landai, Desanya kecil pasir pun rata; Risaulah umat menengok lebai, Berdoa sambil bermain mata. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |