Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[le.bih.le.bih] | لبيه٢

Definisi : , = ~ lagi tambahan pula; istimewa pula. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata lebih-lebih

Puisi
 

Apa lebih kepada belida,
     Sisik ada tulang pun ada;
Tak dak lebih darimu dinda,
     Bahasa ada rupa pun ada.


Lihat selanjutnya...(32)
Peribahasa

Ternak bergembala,
     parak berpagar.

Bermaksud :

Harta milik harus dijaga, lebih-lebih lagi anak gadis.

 

Lihat selanjutnya...(125)


Pantun

PantunSumberTema
Apa benda tepi pagar, Ular hitam nampak melingkar; Garang-garang rimau akar, Lebih-lebih pun baru dia cakar.Kurik Kundi Merah SagaJenaka
Lekuk lebih Kuala Pahang, Hutan batu disimpul pulih; Sakitnya tekak dikoyak rahang, Mana satu tidak boleh.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Tiang pancang lebih sekali, Dibawa mudik buat penggalah; Abang datang menagih janji, Mengapa adik kuat berhelah.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Apa lebih kepada belida, Sisik ada tulang pun ada; Tak dak lebih darimu dinda, Bahasa ada rupa pun ada.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Panjang-panjang ruasnya bangsi, Lebih panjang ruasnya banta; Kenyang-kenyang memakan nasi, Lebih kenyang bermain mata.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Berapa tinggi pucuk pisang? Lebih tinggi asap api; Berapa tinggi Gunung Ledang? Lebih tinggi harapan hati.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Andainya kuda memakai tanduk, Tentu rupanya kan lebih gagah; Andai mudanya berperangai elok, Tentu tuanya lebih bertuah.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Jahit kain kasa berbunga, Lebih kain buat selendang; Jika begini rasa-rasanya, Akhir kampung menjadi padang.Pantun Melayu SarawakKasih
Berapa dalam lubuk Inggeris, Lebih dalam lubuk India; Berapa tajam sidak keris, Terlebih tajam tergesel mata.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Jika menyukat tidak pandai, Banyak lebih ataupun kurang; Jika adat tidak dipakai, Banyak selisih muka belakang.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
12345

Kembali ke atas