Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : jalan raya (besar): tukang sapu ~; ~ hias jalan raya utama yg merentasi bandar dan biasanya terdapat lorong pejalan kaki dan dihiasi pokok; ~ raya jalan raya utama yg lebar, biasanya menghubungkan sebuah bandar (bandar raya) dgn bandar (bandar raya) lain; melebuhkan membuka jalan raya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
lebuh (kata nama)
Bersinonim dengan jalan, jalan raya, lebuh raya.,

Peribahasa

Lebuh sempit kuda penyepak,
     jalan licin tebing berkelok.

Bermaksud :

Kesulitan (kesusahan) dalam melakukan sesuatu pekerjaan jika tidak berilmu.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Pantun

PantunSumberTema
Tumbuh betung di tepi lebuh, Di tepi lebuh tegaknya mudah; Sungguh untung berlaki bodoh, Laki bodoh tak banyak kisah.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Tumbuh lada di tepi lebuh, Kalau dimakan pedas ke kerongkong; Sungguhlah manja bini nan lumpuh, Kalau berjalan minta didukung.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan

Kembali ke atas