Masak sebiji buah pedada, Buat perencah kuah laksa; Lelaki perempuan mengada-ngada, Siapa dia gagah perkasa. | Pantun Melayu Sarawak | Berkait |
Kaki lima tempat bersembang, Tempat orang menjual keledek; Lelaki sekarang berambut panjang, Perempuan pula berambut pendek. | Pantun Melayu Sarawak | Berkait |
Buah ketapi kulitnya manis, Patah galah dalam paya; Orang lelaki mulutnya manis, Cakap sepatah jangan percaya. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
Mengapa biawak mandi berendam, Menengok buaya menunggu jermal; Mengapa banyak lelaki karam, Menengok betina bergincu tebal. null null null null | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Buah salak daun pandan, Masak sebiji buah pedada; Salah pandang macam pondan, Lelaki perempuan tiada beza. | Pantun Melayu Sarawak | Berkait |
Buah sebarang buah, Buah kemiri pelazat sayur; Bukan tua sebarang tua, Tua lelaki urat tak kendur. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Terang bulan terang di kali, Buaya timbul disangka mati; Jangan percaya mulut lelaki, Lain di mulut lain di hati. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Asam paya tepi perigi, Mari diletak di kayu jati; Jangan percaya mulut lelaki, Berani bersumpah takut ke mati. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Baju pendek pakaian serani, Kaki lima tempat bersembang; Sungguh pelik di hati kami, Lelaki sekarang berambut panjang. | Pantun Melayu Sarawak | Berkait |
Sehari ke hulu sehari ke seberang, Duduk di bangku sakit kaki; Dari dulu sehingga sekarang, Wanita tertipu oleh lelaki. | Pantun Melayu Sarawak | Kasih |