Anak angsa mati lemas, Lemas mari di air masin; Hilang bangsa kerana emas, Hilang budi kerana miskin. | Kurik Kundi Merah Saga | Budi |
Anak kerbau mati lemas, Bangkai tersangkut di Kampung Baru; Cina Bau mendulang emas, Lombong emas di Tasik Biru. | Pantun Melayu Sarawak | Setia Bangsa |
Bila berjalan semakin laju, Badan lemas lemah persendian; Apabila puan ingin bertemu, Berhujan panas hamba nantikan. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Susahlah hati anak bayan, Duduk lemas berdiri hoyong; Susahlah hati hendak makan, Lauk keras gigilah ompong. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Alang-alang mandi di diluang, Takut lemas mandi di anjung, Abang merantau segera pulang, Bawa emas berjongkong-jongkong. | Pantun Melayu Sarawak | Kasih |
Tujuh hari membuat keris, Hari malam terasa lemas; Tujuh kali surat kutulis, Sekali haram tiada dibalas. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Hampas kelapa dibuang orang, Jatuh ke sungai dimakan ikan; Lemas anggota remuklah tulang, Kasih tak sampai binasa badan. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Air timpas pasang tak tiba Banyaklah kapal bergalah lalu; Kakiku lemas hilang bicara, Hendak berkenal terasa malu. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Tebas-menebas orang di rimba, Untuk membuat ladang permatang; Tubuhku lemas hilang selera, Menengok tabiat abang memandang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Tidak berotan akar dipakai, Tidak berberas padi tumbuk; Banyak kawan bercerai-berai, Umat lemas mati tercekik. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |