Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[leng.kap] | لڠکڤ

Definisi : 1. genap, tidak ada yg kurang: ling­karan yg ~; 2. sedia dgn alat senjata dll, cukup, sempurna: aku lihat di sana sini orang Jepun ~ dgn alat senjatanya; selengkap (dgn) sepenuh atau secukup (pakaian dll): Kasim menceritakan kisah Dolah ~nya; berlengkap 1. bersiap sedia (dgn apa-apa yg perlu): maka Demang Lebar Daun pun ~ hendak memandikan Sang SaPurba; 2. = berlengkapkan telah disediakan atau dipersiapkan dgn: dgn ~ pengetahuan ini orang Belanda telah sanggup menduga laut di Timur; melengkapi 1. menokok tambah supaya lengkap: pengantin itu dilengkapi sepertinya: 2. mempersiapkan, memperalati (dgn senjata dll) supaya lengkap: kilang itu dilengkapi jentera-jentera moden; melengkapkan menjadikan lengkap, men­cukupkan, menyempurnakan: lengkapkan semua gajah dan kuda; aku serba kekurangan utk ~ engkau sbg seorang isteri yg sempurna; memperlengkap menjadikan lebih lengkap; kelengkapan 1. perihal lengkap, kegenapan: pengetahuan bahasa Inggeris ialah satu ~ hidup di bawah kerajaan Inggeris; 2. sesuatu yg telah dilengkapkan (angkatan tentera dll): maka tukang kesaktian itu pun lalu mengadap tuanku Malim Deman laki isteri persembahan sudah siap ~ itu sekaliannya; 3. = ~ kapal sl angkatan laut; 4. peralatan, perkakas: ~ memasak; ~ rumah; berkelengkapan mempunyai kelengkapan; perlengkapan alat (perkakas dll) yg diguna­kan utk melengkapkan sesuatu: barang­-barang yg diberikan itu terdiri drpd sepasang pakaian dan ~ bersolek; pelengkapan perihal melengkapi (me­lengkapkan, memperlengkap): ia juga ber­guna kpd pelajar-pelajar menengah atas dan institusi pengajian tinggi sbg bacaan tam­bahan dan ~ kpd pembelajaran mengenai teori-teori ekonomi; pelengkap 1. sesuatu yg digunakan utk melengkapi (melengkapkan); 2. (Lin) kata yg menerangkan kata kerja dll; 3. yg meleng­kapkan: badan manusia mempunyai anggota utama dan anggota ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[leng.kap] | لڠکڤ

Definisi : 1 cukup serba-serbi; tidak ada yg kurang: Kamus yg diterbitkan oleh mereka itu tidak ~. 2 beralat senjata dgn sempurna; segala-galanya telah sedia: Pasukan tentera itu bersenjata ~. berlengkap bersiap sedia dgn barang-barang yg perlu digunakan: Sebuah kapal disuruh ~ utk belayar. melengkapi menjadikan lengkap (oleh sesuatu): Buku ini diterbitkan utk ~ buku teks di sekolah. melengkapkan menyebabkan jadi lengkap; membuat jadi lengkap; mencukupkan: Dia mengulang kaji pelajaran utk ~ dirinya menghadapi peperiksaan. memperlengkap menjadikan lebih lengkap. kelengkapan 1 keadaan atau hal lengkap. 2 sesuatu yg sudah dilengkapkan atau yg sudah disediakan (utk angkatan tentera dll). perlengkapan 1 hal berlengkap. 2 segala alat atau perkakas (spt senjata dsb) utk berlengkap. pelengkapan perbuatan (hal dsb) melengkapi atau melengkapkan. pelengkap 1 apa-apa yg ditambahkan utk melengkapkan sesuatu. 2 kata nama, kata sifat atau frasa sendi nama yg letaknya sesudah kata kerja intransitif, misalnya kata kebaya dlm frasa berbaju kebaya, kata genting dlm frasa menjadi genting dan di bandar dlm frasa tinggal di bandar. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lengkap (adjektif)
Bersinonim dengan genap, cukup, sempurna, tidak kurang, kamil, utuh, penuh, kafi, mustaid, jangkap;,
Kata Terbitan : selengkap, berlengkap, melengkapi, melengkapkan, kelengkapan, pelengkapan, pelengkap,


Pantun

PantunSumberTema
Dikit-dikit parang-memarang, Terparang ke lidi lengkap; Bukan sedikit terbuang sayang, Umpama sirih daun kelakap.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan

Kembali ke atas