Lesung batu ulunya batu, Mari ditampi nyiru dan dulang; Tolong aku bantulah aku, Aku nak rebut kasihlah orang. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Rosak lesung kerana antan, Sebab menumbuk padi puteri; Hilang buntat berganti intan, Baru jadi sinar negeri. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Menumbuk di lesung tinggi, Orang menampi di tengah jalan; Apa sudah duduk begini, Bagai pungguk rindukan bulan. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Petang-petang bunyi lesung, Orang menumbuk padi jawi; Petang-petang ingat kampung, Hendak balik orang tak bagi. | Kurik Kundi Merah Saga | Perantauan |
Tumbuk pulut di lesung tinggi, Anak Pak Pandir tangkap belalang; Hidupkan rumput bunuhkan padi, Tentu sawah bertumbuh lalang. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Pukul rebab pukul rebana, Pukul lesung rumah Encik Ali; Apa sebab apa kerana, Minta tolong syariat nabi. | Kurik Kundi Merah Saga | Agama |
Susunlah rebab susun rebana, Susun lesung rumah Encik Ali; Apa sebab dengan kerana, Rasa bergantung tidak bertali. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Pukul rebab pukul rebana, Pukul lesung rumah Encik Ali; Apa sebab dengan kerana, Rasa bergantung tidak bertali. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Batu Berendam Batu Kurau, Batu Lesung Batu Rakit; Rindu dendam bawa bergurau, Bawa termenung jadi penyakit. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Menggulai tauhu dengan jerami, Sambal lada di lesung batu; Tuan tak tahu hati kami, Macam kaca terhempas ke batu. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |