| Kalau mandi abang kini, Letakkan dastar atas batu; Kalau jadi-jadi begini, Belikan kita sehelai baju. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
| Sama tegak dan sama naik, Sama duduk kita letakkan; Sama semamak sama senenek, Sama sedatuk dan sekemanakan. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
| Kalau helat hendak ramai, Sanak saudara jangan lupakan; Kalau adat hendak dipakai, Letakkan dia dengan kebaikan. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |