Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata lilin

Puisi
 

Apakah lilin di biduk,
     Namun gala-gala jua;
Apakah kirim mande esok,
     Anak berurai air mata jua.


Lihat selanjutnya...(12)
Peribahasa

Lengan bagai lilin dituang.

Bermaksud :

Lengan yang cantik.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Pantun

PantunSumberTema
Hendak lilin kuberi lilin, Lilin dapat menyala terang; Hendak cincin kuberi cincin, Cincin mengikat kasih sayang.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Apa guna bermain lilin, Lilin asal dari lemak; Apalah guna jeling-menjeling, Tersalah jeling marah emak.Kurik Kundi Merah SagaJenaka
Elok lilin menjadi kandil, Kandil besar membawa terang; Elok pemimpin terpuji adil, Adil dan benar adat dipegang.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Apakah lilin di biduk, Namun gala-gala jua; Apakah kirim mande esok, Anak berurai air mata jua.Kurik Kundi Merah SagaPerantauan
Apa guna lilin dipasang, Bila apinya tidak menyala; Apa guna main belakang, Bila tidak berani ke muka.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Awas-awas memegang lilin, Salah pegang lilinnya panas; Awas-awas memasang kain, Salah pasang kain terlepas.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Tak ada damar pasang lilin, Buat terang waktu malam; Bukannya pandai bukannya alim, Tetapi tahu cara Islam.Kurik Kundi Merah SagaAgama
Bukan sekali hari malam, Pasang lilin bersama tentera; Bulan sakit mentari demam, Bintang turun purnama berbicara.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Malam ini malam Jumaat, Pasang lilin depan pintu; Kalaulah kita umat Muhammad, Kena sembahyang lima waktu.Kurik Kundi Merah SagaAgama
Tinggi sungguh burung kelicap, Burung lilin di pokok getah; Pandai sungguh cik puan bercakap, Macam tuk alim dari Makkah.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
12

Kembali ke atas