Untuk apa menjala limbat, Untuk dijual setiap hari; Untuk apa bekerja berat, Untuk bekal hidup nanti. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Guruh petir penuba limbat, Pandan berjemur di seberang; Dua tiga mencari ubat, Ubat dapat badanlah hilang. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Sejak pepuyu jadi kerani, Limbat pun banyak jadi pesuruh; Sejak penghulu jadi berjudi, Umat pun banyak mati bergaduh. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Guruh dan petir penuba limbat, Pandan terjemur lindung bayang; Dua tiga mencari ubat, Badan bertemu nan kok senang. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Anak sepat sudah melompat, Ikan limbat melata-lata; Kalau cepat tentulah dapat, Kalau terlambat putihlah mata. | Kurik Kundi Merah Saga | Peribahasa |