Banyaklah angsa berebut terbang, Membumbun gangsa menuju lopak; Banyaklah jasa disebut orang, Agunglah jasa ibu dan bapak. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Arak tikar kelambu dulu, Belah pinang dalam lopak; Sudah gempar berhenti dulu, Ada senang buat pulak. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
Tidak daun segenap akar, Tumbuh serumpun tepi lopak; Seribu tahun lalang kubakar, Sedikit haram asap tak nampak. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |