Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lo.tong] | لوتوڠ

Definisi : 1. sj kera yg berekor panjang; ~ Bangkatan, Nasalis larvatus; ~ ceneka, Presbytis melalophos; ~ cengkung = ~ ber­celak, Presbytis obscura; ~ kelabu, Presbytis cristata; 2. hitam; hitam ~ sangat hitam, hitam sungguh; ~ kekah kumput jarinya, kembung segah ketul jadinya prb kesusahan itu akhirnya akan mendatangkan kesenangan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lo.tong] | لوتوڠ

Definisi : pelacur; ®loktong. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lo.tong] | لوتوڠ

Definisi : sj tumbuhan (pokok), Nephelium eriopetalum. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lo.tong] | لوتوڠ

Definisi : 1 beberapa jenis kera yg berekor panjang, Presbytis spp.. ~ hitam Presbytis melalophos. ~ kelabu Presbytis cristata. ~ mata putih Presbytis obscura. 2 hitam: hitam ~ sangat hitam. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata lotong

Puisi
 

Kulitlah ketam dipanggang lotong,
     Panggang di dapur tinggal tulang;
Nasibku badan tidak beruntung,
     Ayam ditambat disambar helang.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Seperti lotong meniti batang kayu.

Bermaksud :

Tidak menghiraukan keadaan di sekelilingnya.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Pantun

PantunSumberTema
Lotong-lotong bunyi rebana, Layang-layang talinya benang; Kami bertanya pada kakanda, Langit bergantung mana talinya?Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Banyaklah batang dipanjat lotong, Lotong memanjat buah dicari; Banyaklah orang tempat berlindung, Pelindung adat payah dicari.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Bagaimana lotong takkan berang, Anak ditinggal jatuh berdebin; Bagaimana hidung takkan kembang, Awak bebal menjadi pemimpin.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Bagaimana lotong takkan berang, Hendak ke hilir ditahan kera; Bagaimana hidung takkan kembang, Awak pandir dijadikan ketua.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Bagaimana lotong takkan berang, Lebah menderu babi meluru; Bagaimana hidung takkan kembang, Rumah baru bini pun baru.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Bagaimana lotong takkan berang, Anak beruk mencuri manggis; Bagaimana hidung takkan kembang, Awaklah bongkok berbini gadis.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Bagaimana lotong takkan berang, Kera memijak babi menginjak; Bagaimana hidung takkan kembang, Harta banyak bini pun banyak.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Bagaimana lotong takkan berang, Babi mengejek kera mencerca; Bagaimana hidung takkan kembang, Bini cantik mentua pun kaya.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Kulitlah ketam dipanggang lotong, Panggang di dapur tinggal tulang; Nasibku badan tidak beruntung, Ayam ditambat disambar helang.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Jalan -jalan naik ke puncak, Di sana ada lotong dan ungka; Jangan-jangan adik dan muak, Setiap bersua memalingkan muka. null null null nullKhazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
12

Kembali ke atas