Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata lubang,

Puisi
 

Duduk tak duduk gali lubang,
     Asal gali lubang juga;
Duduk tak duduk kenangkan orang,
     Orang tidak kenangkan kita.


Lihat selanjutnya...(11)
Peribahasa

Tutup lubang,
     gali lubang.

Bermaksud :

Berhutang untuk membayar hutang. (Peribahasa lain yang sama makna: Menggali lubang, menutup lubang).

 

Lihat selanjutnya...(20)

Lihat selanjutnya...(1)

Pantun

PantunSumberTema
Duduk-duduk menggali lubang, Dalam lubang pasang pelita; Duduk-duduk kenangkan orang, Orang tidak kenangkan kita.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Lubang angin diberi kain, Supaya indah dipandang mata; Abang menhadap pada yang lain, Manalah mungkin hampa menyapaKhazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Lubang angin berkisi-kisi, Jadi hiasan pada jendela; Abang ingin hamba berjanji, Janji abang bagaimana pula.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Duduk tak duduk gali lubang, Asal gali lubang juga; Duduk tak duduk kenangkan orang, Orang tidak kenangkan kita.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Orang menarah atas lubang, Hanyut rakit berubah-ubah; Bukan tak tahu masuk seorang, Takut adik beralih ubah.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Gajah jatuh masuk ke lubang, Kakinya patah duduk meraung; Gagah sungguh Datuk Hulubalang, Bininya saja sepepak kampung.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Kalau berjalan mata di atas, Banyak lubang menanti jatuhnya; Kalau berkawan suka memeras, Banyaklah orang jadi musuhnya.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Saya saja menjolok kumbang, Kumbang bersarang lubang tiang; Saya saja menjolok abang, Bulan mengambang dikatakan siang.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Cak tulis Kuala Bintang, Pecung yu lubang juga; Kalau tak boleh hingga petang, Orang tidak kenangkan kita.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Cik Ali main guli, Main guli masuk lubang; Apa peduli cincin di jari, Cincin di jari diberi abang.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
12

Kembali ke atas