Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : sj alat utk menangkap ikan (yg mem­bolehkan ikan masuk tetapi tidak boleh keluar), bubu: dilihatnya orang mengambil ikan drpd ~nya; ~nya mengena ki tipu muslihatnya berhasil; menahan ~ memasang lukah; bagai ~, tak penuh oleh air prb perihal budak yg tidak berasa kenyang (selalu hendak makan sahaja); bagai menyandang ~ tiga prb men­jalankan (melakukan) pekerjaan yg sukar sungguhpun tidak berat; memasang (menahan) ~ di penggentingan prb mencari keuntungan dr kesempitan (kesukaran) orang; melukah menangkap ikan dgn lukah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : alat utk menangkap ikan yg dibuat drpd bilah-bilah rotan dsb dan dipasangi injap pd mulutnya; bubu: menahan ~ meletakkan lukah di dlm air utk menangkap ikan; memasang lukah. melukah menangkap ikan dgn lukah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata lukah I

Puisi
 

Sayang Cik Ali memasang lukah,
     Lukah dipasang di Tanjung Jati;
Jangan tuan berhati susah,
     Ibarat rambut disimpul mati.


Lihat selanjutnya...(5)
Peribahasa

Menyandang lukah tiga.

Bermaksud :

Pekerjaan yang ringan, tetapi sukar melakukannya. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai menyandang galas tiga).

 

Lihat selanjutnya...(11)


Pantun

PantunSumberTema
Anak Cina memasang lukah, Lukah dipasang di kayu jati; Kasih sayang tidak berpisah, Ibarat rambut bersimpul mati.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Sayang Cik Ali memasang lukah, Lukah dipasang di Tanjung Jati; Jangan tuan berhati susah, Ibarat rambut disimpul mati.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Lukah dipasang rapat-rapat, Lukah diikat kayu sebelah; Luka di tangan dapat diubat, Luka di hati semakin berdarah.Pantun Melayu SarawakKasih
Lukah dilabuh di batang jati, Lukah baru berkarang rotan; Patah tumbuh hilang berganti, Tuah Melayu berbilang berzaman.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Bukannya lukah tidak menjadi, Batang terbakar dari hulu; Bukannya nikah yang tak jadi, Abang bersabarlah dahulu.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Pasang lukah dalam jerami, Belum patut di pangkalan; Alangkah hiba hati kami, Belum patutu abang berjalan.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Kalau sekali menali lukah, Jangan dipasang pelita loyang; Kalau sekali kaki melangkah, Jangan sayang nyawa melayang.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Kalau adik menahan lukah, Tahan jangan dibalik-balik; Kalau adik berjanji bernikah, Bulan depan abang berbalik.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Mari kita memasang lukah, Dapat seekor ikan tenggalan; Lepas itu bolehlah bernikah, Saudara-mara dapat berkenalan.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Anak Cina memasang lukah, Mari dipasang di Tanjung Jati; Di dalam hati haram tak gundah, Bagai rambut disimpul mati.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
12

Kembali ke atas