Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lu.mat] | لومت

Definisi : 1. halus betul, hancur: ia mengeluarkan sirih yg telah ~ dr dlm gobeknya; makanan hendaklah dikunyah sehingga cukup ~; 2. terkocok (daun pakau); melumatkan 1. menjadikan lumat dgn me­numbuk (mengunyah dll): dia ~ benda itu dlm sebuah lesung; 2. ki menghancurkan, memusnahkan: meriam musuh telah ~ kota itu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lu.mat] | لومت

Definisi : hancur betul; halus sekali: Dia menggiling biji kacang itu hingga ~. melumatkan menjadikan lumat; menghancurkan dgn menumbuk, mengunyah dll. pelumat alat utk melumatkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lumat
Rujuk :hancur

Puisi
 

Inderagiri pasirnya lumat,
     Kerang bercampur dengan lokan;
Sebagai nabi kasihkan umat,
     Begitulah hamba kasihkan tuan.


Lihat selanjutnya...(9)
Peribahasa

Ditumbuk dikisar barulah lumat.

Bermaksud :

Hendaklah berusaha dengan bersungguh-sungguh hati untuk memperoleh sesuatu barang yang dikehendaki.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Pantun

PantunSumberTema
Kerat rotan kopek kelapa, Tumbuk beras lumat-lumat; Rakyat Malaysia tidak lupa, Tanggungjawab sesama umat.Pantun Melayu SarawakAgama
Inderagiri pasirnya lumat, Kerang bercampur dengan lokan; Bagai nabi kasihkan umat, Begitu saya kasihkan puan.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Inderagiri pasirnya lumat, Kerang bercampur dengan lokan; Sebagai nabi kasihkan umat, Begitulah hamba kasihkan tuan.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Inderagiri pasirnya lumat, Garam bercampur dengan lokan; Umpama nabi kasihkan umat, Begitulah saya kasihkan tuan.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Tanjung Api pasirnya lumat, Tempat temasya Maharaja Kobat; Bagaimana nabi kasihkan umat, Begitulah saya kasihkan sahabat.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Sayang sebandi pasirnya lumat, Pasirnya bercampur batu karang; Laksana nabi kasihkan umat, Begitu juga kasihkan tuan.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Sayang Sebandi pasirnya lumat, Kerang bercampur dengan lokan; Kami senabi kasih umat, Kami juga kasih kepada tuan.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Sayang Sebandi pasirnya lumat, Pasirnya bercampur dengan lokan; Laksana nabi kasihkan umat, Inikan pula saya kasihkan tuan.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Landak makan buah salak, Kumat lumat dengan bijinya; Api neraka kalau tak galak, Umat belum takut dirinya.Kurik Kundi Merah SagaAgama
Awas-awas menumbuk sambal, Salah tumbuk tiada lumat; Awas-awas duduk terbual, Salah duduk terbuka aurat.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
12

Kembali ke atas