Daun pandan panjang sedepa, Ditanam orang di Munggu Kubur; Siang malam saya tak lupa, Lupa tak lupa dalam tidur, | Pantun Melayu Sarawak | Kasih |
Daun pandan sedepa, panjang sedepa, Dtanam orang kubur, di Munggu Kubur; Siang malam lupa, saya tak lupa, Lupa tak lupa tidur, di dalam tirdur. | Pantun Melayu Sarawak | Bergendang |
Surabaya berupa-rupa, Sapu tangan jatuh ke lumpur; Hendak kulupa tak dapat lupa, Lupa sebentar di waktu tidur. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Kain sutera di dalam raga, Sapu tangan jatuh ke lumpur; Hendak kulupa tak boleh lupa, Lupa sekejap di dalam tidur. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Lajulah laju perahu laju, Lajulah sampai Surabaya; Lupa kain lupa baju, Janganlah lupa kepada saya. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Daun pandan panjang sedepa, Dibawa orang meredah lumpur; Siang dan malam saya tak lupa, Lupalah lupa di dalam tidur. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Tiup angin selatan daya, Sapu tangan jatuh ke lumpur; Kasih orang apanya daya, Nak lupa tak lupa masanya tidur. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Singapura serupa-rupa, Anak Bugis jalan bertiga; Hendak lupa tak boleh lupa, Hitam manis dikenang juga. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Terang bulan hatiku rawan, Pukul rebana bergotong-royong; Jika lupa langit berawan, Tidak lupa sedia payung. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |
Bila berkasih nyenyak, tidur tak nyenyak, Pengat labu bapa, lah untuk bapa; Terima kasih banyak, lah banyak-banyak, Ingatkan saya lupa, orang yang lupa. | Pantun Melayu Sarawak | Bergendang |