| Adat baju lengannya nampak, Belum lusuh sudah dicuci; Adat Melayu menahan asak, Hukum dilabuh tuah berdiri. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
| Kalau hendak membeli kain, Jangan dibeli kain lusuh; Kalau awak jadi pemimpin, Jangan jadi pemimpin bodoh. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
| Manalah nasi tidak bergaram, Kerana lapik sudah lusuh; Manalah hati tidakkan geram, Kerana adik bercerai jauh. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
| Waktu subuh orang pun azan, Sesudah azan tegak sembahyang; Baju lusuh hutang sebeban, Malulah badan hendak meminang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
| Kalau habis kainku ini, Hamba tidak berkain lagi, Kalau berkain kainnya lusuh, Kain sarung hamba sulamkan; Kalau habis main kita ini, Hamba tidak bermain, Kalau bermain di kampung jauh, Sama sekampung hamba haramkan. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |