Sudah beremas beremas pula, Emas sekupang dalam cerana; Sudah bermaaf bermaaf pula, Maaf seorang maaf semua. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Hendak berumah berumah pula, Rumah saya di tengah huma; Hendak bermaaf bermaaf pula, Maaf seorang maaf semua. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Maaf saja kena ke baju, Rasa dapat mencuci kain; Maaf saja kerana malu, Rasa tak dapat duduk bermain. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Dengan bismillah pembuka citra, Jari disusun memohon maaf; Jika sumbang tersalah bicara, Maaf saudara hamba mengharap. | Pantun Melayu Sarawak | Agama |
Labuan tidak berbukit, Tempat menjemur buah pala; Maaf tuan bukan sedikit, Sebanyak rambut atas kepala. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Sipitang Kuala Tuhur, Banyak perahu di tepi pantai; Minta maaf kata terlanjur, Asalkan hajat kita sampai. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Pisang emas balik rumah, Daun keladi dibalik-balik; Minta maaf tuan rumah, Esok pagi saya nak balik. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Kalau tidak Sarawak sempit, Di situ juga jalan kuda; Maaf saya suaraku sakit, Ke situ juga melihat harta. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Cik Mahat tukang rumah, Cik Ali tukang tingkap; Minta maaf seisi rumah, Minta izin saya cakap. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Cik Amat bawah rumah, Daun selasih dibalik-balik; Minta maaf tuan rumah, Kami mula hendak balik. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |