Kalau berjaja janganlah mahal, Bila mahal barang tak laku; Kalau berkerja janganlah bingal, Bila bingal datanglah seteru. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Berapa mahal gula putih? Mahal lagi gula jawa; Berapa lama kita berkasih? Biar sama membuang nyawa. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Bukanlah mahal harga perabot, Tidak ternilai tinggi harganya; Harta orang jangan direbut, Kalau direbut buruk padahnya. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
Sayang kedelat pinang kedeli, Pelepah jangan ditunggangkan; Sirih mahal pinang dibeli, Sepah jangan dibuangkan. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
Beli kuda baik dipacu, Pacu oleh budak-budak; Mahal sutera beli belacu, Tampal-tampal berkain juga. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
Orang berkuda lalu dipacu, Pacu oleh budak-budak; Mahal sutera beli belacu, Tampal-tampal berkain juga. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Apa bekal pergi ke Cempa, Untuk makan dalam perahu; Biar mahal barang ditempa, Jika borong saya tak mahu. | Kurik Kundi Merah Saga | Perniagaan |
Mari masak dengan santan, Ikan duri panjang setual; Belum tahu bencana intan, Mahal beli murah dijual. | Kurik Kundi Merah Saga | Perniagaan |
Dari jauh bermalam datang, Hendak menuju pergi Kemboja; Jika sudah terkata langsung, Mahal dan murah ikut harga. | Kurik Kundi Merah Saga | Perniagaan |
Kinabalu bertanggalah pati, Ambil gemala di mulut naga; Jikalaulah sudah kehendak di hati, Mahal dan murah turuti harga. | Kurik Kundi Merah Saga | Perniagaan |