| Belum diindang sudah ditanak, Manakan nasi dapat dimakan; Belum dipinang sudah diajak, Manakan kami mahu kan tuan. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
| Sampan kolek mahu bertolak, Bila bertolak orang pun sepi; Janganlah adik mahu mengelak, Bila mengelak abang kan mati. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
| Bila selera sudah patah, Lauk terhidang makan tak mahu; Bila bersaudara salah-menyalah, Ditengok orang awak kan malu. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |