Memegang sumpah mati pun mahu, Memeluk amanat pagi dan petang; Pantang memfitnah memberi malu, Menokok sahabat dari belakang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Adat Melayu memegang janji, Memegang sumpah mati pun mahu; Sifat Melayu pantang mengeji, Pantang memfitnah memberi malu. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Waktu hujan awan pun gelap, Suntuk langkah dada pun kemak; Mahu berjalan badan berkurap, Duduk di rumah mentua galak. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Sampan kolek mahu bertolak, Bila bertolak orang pun sepi; Janganlah adik mahu mengelak, Bila mengelak abang kan mati. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Bukit Tetagun Pulau Jerjak, Singgah semalam Padang Mat Sirat; Tubuh tembun badan pun segak, Mahu orang tak terpikat. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Remas-remaslah daun tembakau; Mari diremas di atas papan; Hati cemas bercampur risau, Sedikit pun tidak mahu makan. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Sejak selasih tak mahu gugur, Beruk lesap gagak pun terbang; Sejak kekasih tak mahu menegur, Duduk meratap tegak meradang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Sayang ombak terlalu besar, Hingga segan orang memukat; Abang tidak mahu bersabar, Hampa pun segan datang mendekat | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Kalau diambil kayu di paya, Padi ladang boleh ditugal; Kalaulah adik mahu tertawa, Mati pun abang tidak menyesal. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Ada satu panglima raja, Duduk kerusi kepala meja; Tengah belayar taufan pun tiba, Sampan kecil mahu buat apa? | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |