Den jajar maka den kisai, Esok tidak ke ladang lagi; Diajar badan merasai, Esok tidak tergamang lagi. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Tukang emas bertukang gelang, Maka diukur dirangkainya; Sedang erat digenggam orang, Adat hayat terungkainya. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Elok menebang kayu resak, Ditebang pepat maka digergaji; Elok orang berlaki pendek, Orang mengumpat disangka memuji. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Berempat tegak di tepian, Cukup berlima maka mandi; Usah mengumpat di bahagian, Suratan sudah dimenterai. | Kurik Kundi Merah Saga | Peribahasa |
Beras padi dalam guni, Padi tidak rimbun lagi; Maka dikarang warkah ini, Hati nan tidak bertahan lagi. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Tinggilah bukit Sungai Papan, Nampak nan dari jalan gedang; Maka tersebut akan berjalan, Malukan sahabat sama gedang. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Orang mengail ikan sepat, Dapat seekor ikan cencaru; Sudahkah habis tenung makrifat, Maka tuan bercakap begitu. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
Hai memukatlah orang tatang gosong, Tanai si Jakek mato Aji; Untunglah omak nan menolong, Maka terjejak tanah sepi. | Kurik Kundi Merah Saga | Perantauan |
Anak undan terketik-ketik, Dikejar ayam patah kaki; Kami sepantun telur itik, Kasih ayam maka menjadi. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |