Makan dalam bangsal, Makan selepas zuhur; Baru timbul kesal, Nasi jadi bubur. | Pantun Melayu Sarawak | Kiasan |
Lauk ikan sembilang, Makan dalam bangsal; Mata berbintang-bintang, baru timbul kesal. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |
Apa bekal pergi ke Cempa, Untuk makan dalam perahu; Biar mahal barang ditempa, Jika borong saya tak mahu. | Kurik Kundi Merah Saga | Perniagaan |
Cuka-cuka beli di bandar, Simpan makan dalam perahu; Suka-suka mahu belajar, Tidak belajar mana tahu. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
Jemur padi di atas tanah, Terbang merpati turun makan; Dalam berkasih datang fitnah, Terima kasih atas junjungan. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Makan sate makan rojak, Makan dengan air manis; Tuan pandai membawa segak, Di dalam segak membawa manis. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Buah nanas makan berkupas, Makan berkupas dalam perahu; Tuan panas siapa mengibas, Panaslah juak tuan badanmu. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
Sorong papan tarik papan, Singgah muat dalam perahu; Suruh makan kami makan, Suruh mengaji saya tidak tahu. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
Makan sirih dalam cerana, Daun sirih sudah layu; Ke hulu bersama ke hilir bersama, Macamlah isi dengan kuku. | Kurik Kundi Merah Saga | Peribahasa |
Tarik papan hulur papan, Kena merbuk dalam rimba; Adik makan abang pun makan, Kalau mabuk siapa meriba? | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |