Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : terlalu sangat berdukacita atau menderita. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Anak rusa mandi di paya,
     Lepas mandi makannya rumput;
Tiada orang semacamnya saya,
     Makan hati berulam perut.


Lihat selanjutnya...(39)
Peribahasa

Asal berisi tembolok senang hati.

Bermaksud :

Sudah cukup makan dan pakai maka senanglah hati.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Pantun

PantunSumberTema
Zaman bukan sebarang zaman, Zaman kini tiada bermalu; Makan bukan sebarang makan, Makan hati kerana dimadu.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Zaman bukan sebarang zaman, Zaman kini semua berhitung; Makan bukan sebarang makan, Makan hati dimabuk cinta.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Zaman bukan sebarang zaman. Zaman kini semua berhitung; Makan bukan sebarang makan, Makan hati berulam jantung.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Pak Ajikik pandai bercerita, Sauk terkenal kerana tentera; Tercekik makan hati berkata, Lauk sedap tiada selera.Pantun Melayu SarawakKasih
Bertepuk gelombang sampan, Singgah ke tajuk gagang sirih; Duduk selapik sedaun makan, Hati di dalamlah berselisih.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Buah bacang buah kuini, Dibawa orang dari tanjung; Bukannya mudah memegang janji, Makan hati berulam jantung.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Anak rusa mandi di paya, Lepas mandi makannya rumput; Tiada orang semacamnya saya, Makan hati berulam perut.Kurik Kundi Merah SagaPeribahasa
Banyak rabuk perkara rabuk, Rabuk menyala dimakan api; Banyak mabuk perkara mabuk, Mabuk bercinta makan hati.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Jangan naik kereta kuda, Marilah kita berjalan kaki; Jangan kita main cinta, Nanti kita makan hati.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Ikan terubuk mudik ke hulu, Dijaring orang banyaklah mati; Badanlah bongkok bini cemburu, Merantinglah badan makan hati.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
1234567

Kembali ke atas