Maklumat Kata

Puisi
 

Hujan ribut saya tak basah,
     Bukit Tenging bercabang tiga;
Makan minum bujang tak susah,
     Sakit pening siapa nak jaga.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Makan bersabitkan.

Bermaksud :

Mendapat makan dan minum tanpa bekerja.

 

Lihat selanjutnya...(6)


Pantun

PantunSumberTema
Yang singgah diajak makan, Makan minum memuaskan tekaknya; Orang nikah awak yang pengsan, Pengsan mencium bau ketiaknya.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Kalau tuan pergi ke Kancung, Ambilkan saya papan biola; Makan minum boleh ditanggung, Sakit pening siapa nak bela.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Hujan ribut saya tak basah, Bukit Tenging bercabang tiga; Makan minum bujang tak susah, Sakit pening siapa nak jaga.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Anak ayam bulu balik, Cari makan tepi paya; Minta tumpang berjalan balik, Makan minum saya belanja.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Minum makan orang di balai, Kenduri besar berhelat jamu; Belum kupesan sudah sampai, Hati berdebar bercampur malu.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Waktu makan orang pun pulang, Minum kopi minum bersama; Malunya bukan alang kepalang, Mencium bini tercium mentua.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Hilir sehari mudik sehari, Singgah menyincang nangka muda; Tak minum sehari makan sehari, Asalkan bertentang sesama muda.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta

Kembali ke atas