| Zaman kini banyak maksiat, Berbuat dosa orang tak takut; Tuan kunanti sepanjang hayat, Sampai ke syurga akan kuikut. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
| Taat umat kepada Allah, Kerja maksiat ia haramkan; Kuat adat mulia maruah, Petuah nasihat ia fahamkan. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
| Adat Melayu berhati bulat, Pantang sekali berbelah bagi; Sifat Melayu membenci maksiat, Pantang sekali merosak budi. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
| Rosak pahat tangkainya patah, Tangkai patah tinggallah puting; Rosak adat perangai menyalah, Pegangan rosak maksiat bercabut. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
| Kerana ayam lupakan taji, Banyaklah musang menahan jerat; Kerana imam lupakan kaji, Banyaklah orang kerja maksiat. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
| Rosak sukat rosak timbangan, Timbangan rosak berat tak betul; Rosak adat rosak pegangan, Pegangan rosak maksiat tercabut. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |