Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata malas-malas

Puisi
 

Saya malas berkepuk ladang,
     Kepuk tidak berisi padi;
Saya malas berambut panjang,
     Sebab tidak berani mati.


Lihat selanjutnya...(16)
Peribahasa

Ditangkap buaya,
     nampak riaknya;
ditangkap malas tak bertanda.

Bermaksud :

Sifat malas seseorang tak dapat dilihat sebelum disuruh membuat sesuatu kerja.

 

Lihat selanjutnya...(28)


Pantun

PantunSumberTema
Tetak palas rumpun palas, Mari dimakan atas bendul; Duduk malas berdiri malas, Kerana khidmat diri terkabul.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Saya malas menyukat bambu, Kerana bambu sebatang nyiru; Kami tak cakap dendam memadu, Dendam sebulan setahun rindu.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Saya malas berkepuk ladang, Kepuk tidak berisi padi; Saya malas berambut panjang, Sebab tidak berani mati.Kurik Kundi Merah SagaKepahlawanan
Saya malas berumah tinggi, Dinding berlekuk tiang bertarah; Saya malas beranak tiri, Katuk sikit bapanya marah.Kurik Kundi Merah SagaJenaka
Kami malas berhuma panjang, Turun permatang naik permatang; Kami malas hidup bujang, Sirih datang pinang pun datang.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Saya malas menyipat bemban, Bemban sebatang sebutir nyiru; Saya malas menaruh dendam, Dendam sebulan setahun rindu.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Saya malas jalan ke tanjung, Semak sangat bertabur pulut; Saya malas makan kalung, Semak sangat rasanya mulut.Kurik Kundi Merah SagaJenaka
Saya malas berhuma di cerang, Naik batang turun batang; Saya malas duduk bujang, Sirih datang pinang datang.Kurik Kundi Merah SagaJenaka
Kami malas menyabung kacung, Kacung ada di atas pagar; Kami malas menyambung pantun, Pantun kami baru belajar.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Saya malas berumah di paya, Kerana di paya banyak lintah; Saya malas beristeri janda, Kerana janda banyak perintah.Kurik Kundi Merah SagaJenaka
12

Kembali ke atas