Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ma.ma/] | مامق

Definisi : 1. Mn saudara ibu yg laki-laki, bapa saudara: ibunya telah menggunakan harta pesaka kerabat utk menyekolahkannya, dgn keizinan Sutan Batuah, ~ Hanafi, abang ibunya; 2. sl sebutan oleh raja kpd pembesar­pembesar negeri (menteri dll): ~ menteri; ~ bendahara; 3. ark mak kecil, mak tua; 4. bp panggilan kpd lelaki India yg beragama Islam (terutamanya yg terlibat dgn per­niagaan makanan dsb); ~ nenek = nenek ~ Mn a) penghulu adat; b) orang tua-tua yg bijaksana. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ma.ma/] | مامق

Definisi : 1 saudara lelaki kpd ibu; bapa saudara sebelah ibu. 2 panggilan utk orang-orang India yg beragama Islam atau utk orang Melayu berketurunan India. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mamak

Puisi
 

Rumah batu atap bata,
     Tempat mamak buat roti;
Tempat tak tentu jangan kata,
     Tempat gamak boleh jadi.


Lihat selanjutnya...(2)

Pantun

PantunSumberTema
Ada satu Mamak Pelikat, Lima tahun balik negeri; Bubu kuhimpit lagi kuikat, Kalau tak kena kupasang lagi.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Rumah batu atap bata, Tempat mamak buat roti; Tempat tak tentu jangan kata, Tempat gamak boleh jadi.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Kalau berdinding tidak berlantai, Apa gunanya kita bertanak; Kalau berunding tidak selesai, Apa gunanya bernenek mamak.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan

Kembali ke atas