Siapa suka menabuh gendang, Lama-lama tentulah mahir; Siapa suka menggaduh orang, Ke mana-mana tentu tersingkir. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Siapa suka bermain gendang, Lama-lama tentulah pandai; Siapa suka mempermainkan orang, Di mana-mana seterunya ramai. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Cuka-cuka beli di bandar, Simpan makan dalam perahu; Suka-suka mahu belajar, Tidak belajar mana tahu. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
Siapa suka memanjat kayu, Lama-lama tentulah jatuh: Siapa saja kuat berseteru, Ke mana-mana kena pelupuh. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Kalau bukan kerana kunci, Di mana peti mahu dibuka; Jika bukan kerana budi, Di mana kami hatilah suka. | Kurik Kundi Merah Saga | Budi |
Apabila menjala udang, Lama-lama ada rezeki; Apabila suka meradang, Ke mana saja kena keji. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Apabila helang sudah mencakar, Bila tak mati tentulah luka; Apabila orang suka bertengkar, Ke mana pergi seterunya ada. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Tanam ubi digali ubi, Gali ubi di tepi telaga; Sudah banyak saya berbudi, Budi yang mana yang tuan suka? | Kurik Kundi Merah Saga | Budi |
Kalau cukup lada dan beras, Ke mana pergi takkan kebelai; Kalaulah hidup suka bermalas, Usaha sendiri takkan selesai. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |